BKK,KPM sedang mengemaskinikan data peruntukan kokurikulum yang diberikan ke semua sekolah dan negeri bagi tahun 2012. Bagi tujuan penyelarasan pungutan data peruntukan kokurikulum ini, kerjasama PK Kokurikulum dipohon untuk menghantar data tersebut berpandukan tarikh dan arahan KPM iaitu :
Laporan dari sekolah ke PPD sebelum 15 November 2012.
Maklumat boleh didapati di sini (sila klik). [sila save File sebagai Excel, terima kasih]
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kokurikulum daerah masing-masing atau Haji Azman Lot, JPN di talian 04-5757640 atau 019-4100002.
Monday, May 28, 2012
ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KEBANGSAAN 2012
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan pada bulan November 2012 bertempat di Johor. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid, guru, pentadbir sekolah dan Pusat Kokurikulum yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dalam tahun yang dinilai. Borang dan maklumat boleh didapati di sini. (sila klik). atau layari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2628
Penolong Kanan Kokurikulum SM/SK mohon memastikan borang yang lengkap dikembalikan ke Unit Kokurikulum JPN sebelum atau pada 29 Jun 2012. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Kokurikulum di talian 04-5757640 .
Penolong Kanan Kokurikulum SM/SK mohon memastikan borang yang lengkap dikembalikan ke Unit Kokurikulum JPN sebelum atau pada 29 Jun 2012. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Kokurikulum di talian 04-5757640 .
Thursday, March 1, 2012
DATA PENGLIBATAN PELAJAR 2012
Kepada Semua PK Koku SM/SR, mohon tindakan tuan untuk mengemaskini dan melengkapkan Borang Penglibatan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum bagi tahun 2012 (sila klik) dan serahkan dalam bentuk hardcopy & softcopy kepada PPD (u/p: Pegawai Kokurikulum). Mohon patuhi turutan penyerahan dan tarikh seperti berikut:-
1. Sekolah ke PPD - pada atau sebelum 15 Mac 2012.
2. PPD ke Unit Kokurikulum JPN - pada atau sebelum 15 April 2012.
PASTIKAN SEORANG MURID (tahap 2 shj bagi SR/ semua pelajar SM) HANYA ENROL SATU JENIS PENGLIBATAN BAGI SETIAP CABANG UNIT BERUNIFORM, KELAB & PERSATUAN DAN KELAB SUKAN PERMAINAN untuk mengelak terlebih jumlah enrolmen. Tuan digalakkan merujuk kepada SMM (ruangan Laporan Kokurikulum di kemudahan Papar dan Cetak) yang baru dikemaskini oleh PK HEM sekolah masing-masing untuk kemudahan penyemakan data kokurikulum sekolah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kokurikulum di PPD atau Hj.Azman JPN di talian 04-5757640 / 019-4100002. Terima kasih.
Tuesday, February 21, 2012
KARNIVAL KERJAYA 1 MINDEF
Kementerian Pertahanan Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya 1 Mindef Siri 4/2012
bertempat di Padang Kota Lama, P.Pinang
Tarikh/Masa: 25 Feb 2012 (Sabtu) jam 9.00am - 10.00pm
& pada 26 Februari 2012 (Ahad) jam 9.00am-5.00pm
(Masuk adalah Percuma)
Karnival ini diadakan untuk menarik perhatian rakyat mengenali lebih jelas fungsi serta tanggungjawab Angakatan Tentera Malaysia menjaga keamanan Negara. Karnival ini juga bertujuan mendedahkan para pelajar peluang-peluang kerjaya di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Harapan semoga tuan/puan dapat menghebahkan mengenai Karnival ini kepada warga sekolah agar dapat membangkitkan semangat patriotism di kalangan generasi muda.
Thursday, January 19, 2012
Taekwondo Malaysia Sebagai Wakil Tunggal WTF di Malaysia
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara Malaysia mengikhtiraf Taekwondo Malaysia (WTF) sebagai badan induk dan wakil tunggal World Taekwondo Federation (WTF) di Malaysia. Sehubungan itu, segala aktiviti taekwondo WTF adalah di bawah pentadbiran Taekwondo Malaysia (WTF). Sila klik di sini untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut.
Wednesday, January 11, 2012
Taklimat Pengurusan Kokurikulum SM 2012
Taklimat Pengurusan Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Pulau Pinang:
1. Sekolah Menengah Bahagian Pulau - pada 16 Januari 2012 (Isnin) jam 1.45pm-5.00pm di Bilik Kuliah MBS, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang - [En.Abdul Rashid bin Shamsudin; PPDTL(019-4111123). ]
2. Sekolah Menengah sebelah Seberang Perai - pada 19 Januari 2012 (Khamis) jam 1.45pm-5.00pm di Dewan Seminar PPD Utara, Kepala Batas - [En.Zairolnizam Zakaria / En.Zulkurnain Hussain; PPDU (04-5757285).]
Sila pastikan Penolong Kanan Kokurikulum yang hadir membawa sesalinan Lampiran 1 - Markah Kokurikulum.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hj.Azman Lot; Unit Kokurikulum atau pegawai-pegawai seperti nama di atas. Terima kasih.
1. Sekolah Menengah Bahagian Pulau - pada 16 Januari 2012 (Isnin) jam 1.45pm-5.00pm di Bilik Kuliah MBS, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang - [En.Abdul Rashid bin Shamsudin; PPDTL(019-4111123). ]
2. Sekolah Menengah sebelah Seberang Perai - pada 19 Januari 2012 (Khamis) jam 1.45pm-5.00pm di Dewan Seminar PPD Utara, Kepala Batas - [En.Zairolnizam Zakaria / En.Zulkurnain Hussain; PPDU (04-5757285).]
Sila pastikan Penolong Kanan Kokurikulum yang hadir membawa sesalinan Lampiran 1 - Markah Kokurikulum.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hj.Azman Lot; Unit Kokurikulum atau pegawai-pegawai seperti nama di atas. Terima kasih.
Friday, December 16, 2011
PENGISIAN MARKAH KOKURIKULUM KEMASUKAN KE IPTA 2012
Perhatian untuk semua Penolong Kanan Kokurikulum SM/MRSM/Swasta: Kemasukan Markah Kokurikulum secara online ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum Kemasukan ke IPTA 2012 boleh dibuat mulai 20 Disember 2011 hingga 31 Januari 2012 - Rujuk Surat Siaran KPM bertarikh 19 Disember 2011 (sila klik). Selain daripada tempoh masa yang lebih diberikan, terdapat perubahan dalam manual pengguna di mana aplikasi ini telah dinaiktarafkan untuk kemudahan anda, sila teliti (bersama guru data sekolah anda, jika kurang arif). Untuk layari Aplikasi [rujuk Manual Pengguna Sekolah (klik di sini)]. Tuan/Puan boleh juga memuat turun Lampiran 1 dan Lampiran 2: Perkara Berbangkit 2011 di ruangan Muat Turun. Sekian, harap maklum. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 019-4100002 / 04-5757640 ext 119 atau En.Abdul Said bin Hussain; Pen.PPD TL di talian 019-4568383.
Subscribe to:
Posts (Atom)
