Wednesday, June 12, 2013

Anugerah Inovasi Negara 2013

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mempelawa semua untuk menyertai Anugerah Inovasi yang bertujuan untuk memberi pengikhtirafan kepada hasil inovasi dan kreativiti yang mencetuskan idea, ciptaan dan produk baru dalam bidang sains dan teknologi serta memberi sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi negara. Borang dan syarat permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang www.mosti.gov.my .Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Wan Manshol atau Puan Fairuz Faisal, Agensi Nuklear Malaysia di talian 03-89112000 atau email ke ain2013@mosti.gov.my . Tarikh tutup sebelum atau pada 5 Julai 2013 jam 5.00 pm.

Monday, June 10, 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Anugerah Kokurikulum Kebangsaan diadakan pada November 2013 di Perlis. Pencalonan peringkat negeri dibuat melalui PPD masing-masing (Sektor Kemanusiaan / Kokurikulum). Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid, guru, pentadbir sekolah dan Pusat Kokurikulum yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dalam tahun yang dinilai. Borang dan panduan anugerah berdasarkan kategori boleh didapati dengan klik di sini. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kokurikulum di PPD & JPN.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA