Tuesday, February 11, 2014

ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan mengadakan Anugerah Harta Intelek 2014. Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada perekacipta harta intelek atas sumbangan harta intelek dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Salah satu kategori yang dipertandingkan ialah kepada murid sekolah menengah di Malaysia (tingkatan satu hingga lima). Maklumat lanjut seperti syarat pertandingan dan borang-borang berkaitan boleh diperoleh melalui laman sesawang www.myipo.gov.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Emy Nadia Johari 03-2299 8433 emel nadia@myipo.gov.my Cik Nor Intan Pamin 03-2299 8692 emel intan@myipo.gov.my atau En Muhammad faizal Lokmanul hakim 03-2299 8469 emel mfaizal@myipo.gov.my. Tarikh tutup pertandingan ialah pada 28 Februari 2014 jam 5.00 petang.

PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA