Tuesday, September 30, 2014

Pengumpulan Data Peruntukan Kewangan Kokurikulum dan Data Kehadiran Murid dalam Aktiviti Kokurikulum 2014

Makluman kepada semua PK Kokurikulum sekolah-sekolah Pulau Pinang
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengemaskini Data Peruntukan Kewangan dan Data Kehadiran Murid dalam Aktiviti Kokurikulum 2014.
Sehubungan itu, tuan diminta mengumpul data dengan teliti dan betul bagi melancarkan proses pelaporan kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Tarikh akhir kutipan data adalah seperti berikut dan jasa baik tuan dipohon untuk mematuhi tarikh akhir tersebut.
1. Laporan dari sekolah ke Pejabat Pendidikan Daerah sebelum 31 Oktober 2014
2. Laporan dari Pejabat Pendidikan Daerah ke JPN sebelum 30 November 2014
Sila klik untuk muatturun;
1. Data Peruntukan Kewangan (Kegunaan Sekolah)
2. Data Peruntukan Kewangan (Kegunaan PPD)
3. Data Kehadiran Murid Aktiviti Kokurikulum (Kegunaan Sekolah)
4. Data Kehadiran Murid Aktiviti Kokurikulum (Kegunaan PPD)
Sebarang pertanyaan sila hubungi En Shamsir Jemain di talian 04-657 5500 ext 1334 /012-4287811
atau Pegawai Kokurikulum daerah masing-masing. Terima kasih.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA