Thursday, February 27, 2014

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah

Perhatian Kepada Pengetua Sekolah Menengah Berikut;
Senarai Sekolah Terlibat

Mohon kerjasama pihak tuan untuk muatturun bahan-bahan berikut seperti surat yang telah dikeluarkan dengan rujukan JPNPP(UKK)700-5/1 Jld.8(37) bertarikh 17 Februari 2014.
Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan tuan.



Wednesday, February 26, 2014

Hebahan Lawatan Sambil Belajar ke Tapak Warisan Dunia George Town

Dimaklumkan bahawa George Town World Heritage Incorporated (GWWHI) mengadakan program lawatan sambil belajar kepada murid-murid sekolah. Program ini bertujuan mendidik dan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid-murid tentang nilai-nilai warisan sejagat di Tapak Warisan Dunia George Town. Ia termasuklah sejarah perkembangan George Town, kepelbagaian etnik dan bangunan-bangunan warisan yang menjadikan George Town sebagai suatu Tapak Warisan Dunia UNESCO yang unik dan unggul. Sebarang pertanyaan tentang lawatan sila hubungi;

George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)
116 & 118, Lebuh Acheh, 10200 Pulau Pinang
Tel: 04-261 6606 Faks: 04-261 6605
Email: info@gtwhi.com.my
Web: www.gtwhi.com.my


Tuesday, February 11, 2014

ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan mengadakan Anugerah Harta Intelek 2014. Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada perekacipta harta intelek atas sumbangan harta intelek dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Salah satu kategori yang dipertandingkan ialah kepada murid sekolah menengah di Malaysia (tingkatan satu hingga lima). Maklumat lanjut seperti syarat pertandingan dan borang-borang berkaitan boleh diperoleh melalui laman sesawang www.myipo.gov.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Emy Nadia Johari 03-2299 8433 emel nadia@myipo.gov.my Cik Nor Intan Pamin 03-2299 8692 emel intan@myipo.gov.my atau En Muhammad faizal Lokmanul hakim 03-2299 8469 emel mfaizal@myipo.gov.my. Tarikh tutup pertandingan ialah pada 28 Februari 2014 jam 5.00 petang.

KERTAS KONSEP POETRY RECITATION DAN SCRABBLE

Pengetua SMK Permatang Tok Jaya (Sekolah Model Khas)
dan Guru Besar Semua Sekolah Rendah.

Mohon muat turun :
Kertas Konsep Poetry Recitation For Primary Schools dan ScrabbleForPrimary Schools serta dibawa bersama-sama ke Taklimat Dan Bengkel Aktiviti Baharu Koakademik Bahasa Inggeris Sekolah Rendah 2014 pada 20 Februari 2014 di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Rujukan surat JPNPP(UKK) 700-5/2 Jld. 4 (89) bertarikh 11 Februari 2014) –yang akan diedarkan ke sekolah masing-masing.

Monday, February 10, 2014

KERTAS KONSEP PERBAHASAN BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN 2014

Kepada Pengetua Semua Sekolah Menengah Pulau Pinang

Sila muat turun Kertas Konsep Perbahasan Bahasa Melayu Ala Parlimen untuk digunakan semasa Taklimat dan Bengkel Kejurulatihan Perbahasan Bahasa Melayu Ala Parlimen pada 19 Februari 2014 di SMK Tinggi Bukit Mertajam. (Rujukan surat: JPNPP(UKK) 700-5/1 Jld. 8 (27) bertarikh 10 Februari 2014.

PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA